Tuesday, 5 May 2015

Nak Menulis ke? Atau nak jadi Penulis???

Assalamualaikum.

It's been awhile i'm not open this blog. Dah bersawang ibarat nukilan blogger sekarang. Well, tak ada ape cerita nak di kongsi, nak di tulis walaupun hakikat cerita dalam kehidupan itu sentiasa bising berderap-derap ada. Dah nama hidup kan. Mesti ada pelbagai ragam cerita menarik. Kita bukan robot. Cuma ana yang tak nak menulis. Malas untuk mengetik papan kekunci laptop nih! Kemain ko mengetik papan kekunci lagiii hahhahaa. Baru drama katanyer....

Ana tengah berfikir. Ana lah ye, saya guna kata ganti nama sebagai 'ana' iaitu sama maksud dengan saya. Tapi untuk entri ni je la. Maklum la dah nama pelupa. Esok guna pulak kata ganti nama "saya" atau "aku". Ehhhh rasa 'ana' paling meletop topp toppp kot, Ape pun harus perkara-perkara ini seiring kerana Allah. Bahasa Allah yang cipta. Dah cukup membebel perkara tak penting.

Sambung semula.

Ana tengah berfikir dan sehabis fikir diiringi doa-doa kepada Allah untuk Ana menulis blog dan menghidupkan blog Ana dengan membangunkan kerajaan-kerajaan kecil nukilan-nukilan hasil dari buah fikiran Ana yang Allah bagi. Tapi Ana bukan hebat menulis dan Ana mau mencuba saja. Saja suka-suka hati Ana. Tapi Ana mau berkongsi perkara-perkara yang berfaedah untuk pembaca dan Ana bagi mendapatkan sama-sama keredhaan Allah. Kita mau berkongsi cerita apa pun perlu digarap melalui tulisan biar difikir-fikir dan ditapis-tapis dulu. Tidak mahu hentam keromo.

Dalam hal ini Ana akan berkongsi segala apa yang terjadi dalam hidup Ana tak kira dari resepi masakan, nasihat, riadah, hobi dll untuk semua.

Semoga kita semua beroleh manfaat dariNYA. Allahu.

Wallahu a'lam bishawab



~~ Cik Puan menggaru-garu dahi ~~

Wednesday, 13 February 2013

Kurus Kerr??

Assalamualaikum..

Tetiba check back dated post..lorrrhhh terjumpa satu entry ni hikhikkk..tak terpost2..dari tahun lepas lagik ni hahaa.maapkan je laaa..tapi nak post gak entry ni.Mungkin ade sesuatu boleh kongsi dengan kengkawan khennn..

Pasal kurus mengkurus ni time ni tengah hot la nak guna Alpha Lipid SDII la bagai..memang aku berani beli dengan sorang dealer..my friend jugak.Dia jual dengan harga setin RM180.Ade gak jual RM150 so tu aku tak pasti la..mane2 je yang murah tu mungkin harga ahli cuma aku bukan jenis suka kurang mengurang sebab aku tau kan cara berniaga ni..lagi2 kawan sendiri..tolong la bantu dia.Dia pun nak carik rezeki lebih gak..kot kita sebagai kawan ni jangan la push sangat sebab nak harga murah..terima je la khennn.Tapi kalau dia nak bagi murah tu terpulang dia..kita terima je :) okk..

So dengan bermulanya aku minum susu ni 4 kali sehari dengan 2 scoop setiap botol anggaran 250ml air sejuk..ok..jadi nak minum kena la sukat air sejuk 250ml *jangan air panas seperti apa yang di nasihatkan la*..2 scoop susu SDII and then shake sampai samarata..baca Bismillah dan minum.Doa la ye semoga Allah permudah semua heheee.

Aku minum ade la dalam 5 hari turun 4kg..MasyaAllahhh...tertanjattt  tau..berat aku 67kg for first day aku timbang..msuk hari ke-4 timbang balik..nahhh..63kg..aku terus minum dengan semangat..ohhh sebelum tu diorang ade bagi menu makan utk diet ni..ohhh rupanya diorang amalkan diet atkins..diet protien..nak tau ape diet atkins google la nak senang heheee.Diet atkins+SDII memang cepat la bakar lemak..tapi apa pun aku bukan nak kurus sebab nak cantik mudahnya aku ni kurus sebab senang nak rukuk dan buat kerja lebih laju.Lagipun tahap lemak dah terlanjur sangat menempel kat badan ni ha..sebelum nikah berat aku 55kg tu mmg ideal la utk aku kan.So i must do something to fit my body back.So masuk 6 hari aku minum berat dah 60kg..susu tu mmg 1 tin tu utk 1 minggu punyer stok.

Aku beli lagi tapi kali ni dengan kawan lain pulak..masuk tin ke-2 ni aku kurang minum ikut schedule yang biasa.Diet still on ikut Atkins la..tapi maintain 60kg selepas 3 hari..nape tak turun2 ek??

Jadi kaji punye kaji aku ade diet ambil roti..baca balik atkins kata tak boleh makan sebarang carbs hahaaaa..ok2 tapi tu la kan bila dah mula..terus la termakan nasik bagai..terlajak jauhhh da tu..tu dah bukan diet lagik tu.Timbang balik ade la naik balik dalam 1kg.Susu pun dah tak minum.Ade tinggl baki setengah tin..huhuuuu.Jangan sesekali derhaka kepada arahan yeee...heheheee.

Sekarang ni aku masih lagi diet tapi bukan diet atkins la..guna diet si Kevin Zahri tu..boleh google gak la if nak try kan..hehehee..tak pandai nak link kan kat sini.

Ohh yerrr..time aku turun 7 kg tu ramai la tegur aku.."eehhh da kurus..dah kurus" kembang kempis perut hahaaa.uuihhh tu belum mencapai 50kg tu..kemainnnn kempis ala lisa surihani gitewwww..

MashaAllah Bila da kurus..badan rasa ringan..solat pun time rukuk tak sakit lutut..ni semua nikmat Allah bagi kita dengan percuma..cuma kita perlu usaha lebih dan dapatkan apa yang kita nak dengan doa dan izin Allah.Dah jangan pulak kurus tu terus pakai kebaya peplum ketat ke ape la kan..hahahaaa..no no noooo..boleh pakai kebaya peplum ketat tapi bersyarat di dalam rumah utk suami je tawwww..boleh la suami juling2 tengok kita santikkk bagai ratu Balqis gitewww..dapat pahala uolssss..berganda2 pahala gumbirakan hati suami.. :)

P/S- Untuk kengkawan semua..yang penting istiqamah adalah senjata utama dalam apa saja kita lakukan yang boleh mendatangkan manfaat bukan saja utk diri sendiri malahan orang lain juga.Jangan tiru macam saya..separuh jalan pastu goodbye ikut cara lain hahaaa..habiskan susu tu tauuu..mahal tu lagipun tak elok membazir.Ok selamat mencuba SDII dan ape2 diet janji jangan rosakkan badan dah le..diet yang sihat je,,jangan la nak pengsan2 bagai..sakit tak ke nyusahkan diri dan org tersyg kita.Tak lupa jugak exercise penting ye..Selamat beramal :)

Kerana aku adalah Mazwynn..Learn from mistake..Finding right path...
xxx


Australia..aku tak datang!

Assalamulaikum.. winkwinkkk..
Morningggg..hari ni mood kerja dengan penuh rahmat..Alhamdulillah (walaupun punch merah heee..)

Kenape tajuk tu Australia?? hmmm..mesti la ade crite.
Ok..last friday on 8.2.2013 sepatutnya aku dan hubby dah fly ke Australia for our second honeymoon..konon lah kannn..
Our preparation was doing well..cuti aku dah approved..hubby pun xde kes.memamg cun schedule kami.
Flight kami was at 8pm pada Jumaat malam Sabtu tu.Sehari sebelum tu aku dah kemas2 baju masuk dalam luggage dan semua siap teratur kecuali ade la certain thing yang belum beres lagi such as buku2 yang nak di bawak vacation skali..alaaa tu kejap je.
Tetiba malam tu hubby bagitau yang dia dapat surat dan  ada kes di Mahkamah Rayuan..petang pulak tu.Tau la kan petang Jumaat kes start pukul 3pm *kerajaan kan rehat lama if hari Rahmat Jumaat tu* so nak tak nak kena la mengadap jugak.Hubby kata sekejap je sebab ni cuma dengar keputusan.Keputusan la sangat :p
Aku pun keje la Jumaat tu dengan penuh dedikasi sebab flight kan malam so ingat amik half day pun ok.
Kira2 dalam pukul 4pm cenggitu aku nak bla la kan..tunggu2 hubby tak whatsapp aku pun..aku pun whatsapp la dia kata cane kes da selesai ke belum..dia kata 'belum la..kes abang belum start lagik..sayang balik dulu naik taxi and tunggu kat rumah lepas tu kita shot p KLIA"...
aku tak la jadi half day terus je balik punch pukul 5pm tu and then called taxi sampai rumah kemas apa yang berbaki and waiting my hubby come back home.

Truttt..truttttt...telefon berbunyiiiiiii (wonderpet punya lagu daaaa)

"hello abg kat mana dah.."
"10 minit lagi abg sampai.."

Wahhhhh.. teruja tapi jam dah dekat 6pm..wattaaaa???
Dalam hati sempat ke ni Ya Allahhhh...permudahkan la urusan kami.

Hubby pun sampai mandi siap semua and dalam 6.15pm kami gerak dengan harapan tak de la apa2 aral lagi..

Jammed sapu kaya inti kelapa semua ade nak otw ke highway elite tu..
Hati mula gundah gulana terkesima..menghitung detik wa cakap lu...sempat ke tak sempat...lepas je tol elite nak ke KLIA tu terus pecut.Bukan tak biasa jadi co-pilot yang berwawasan tinggi siap bagi arahan cilok mencilok ni.

Memang kami berjaya sampai ke KLIA dengan selamat..syukur Alhamdulillah..tapi jam da dekat pukul 7pm..cari parking lagi.Kami kena park keta kat aras 4 untuk tinggal lebih dari 3 hari.waaaweeee..pusing2 park sampai peningg..ok da jumpa park dah.

Lariiiii..pegi ke departure hall..aku nampak hubby p shelf check in..laaaa belum check in lagi ke..seingat aku kata malam sebelum tu dia nak check in kat internet.Nak marah pun tak guna :(

Shelf Check In tak terima..kena daftar kat kaunter.Lari lagi cari kaunter..bahagian C..
Sorang mamat konon macho jaga kaunter tu dengan nafas separuh ni kami cakap nak check in sebab flight pukul 8pm ni..budak tu tengok jam da 7.30pm..siap buat muka dengan bunyik2 tak sedap di dengar telinga kami..so terima je...at least dia ada hati nak tolong kami jugak.Cek details kami bagai and then dia tengok luggage kami besar dah tak boleh masuk kargo sebab dah closed..even luggage utk cabin pun da tak boleh masuk..pendek cerita memang dah tutup semua sistem.
Budak tu nasihat kami tukar flight tapi duittttt lagi tu..mmmmmm

Aku diam dan hubby pun mmg orangnya jenis cool..so dia kata "sayang mmg kita tak de rezeki nak p Aussie..kita p lain kali ye..we will scedule another date..kita plan..tapi Allah yang tahu segalanya"
"It's Ok abang..takde rezeki..mungkin ade hikmah di sebalik ni kan"

Kami pun p la ke kaunter tiket sebab nak bagitau yang kami missed flight and duit boleh dapat balik..Alhamdulillah cuma kena potong utk charged damages dalam RM900 so dapat la balik duit kami RM3800 tak silap.

Sementara nak tunggu turn kaunter tiket tu..tak habis2 hubby macam pujuk aku la..sbb aku mmg tak pandai sorok muka sedih..dah nak jatuh gak airmata tapi sempat tahan tu..huhuuuu..ego.

"Sayang dah makan?"
"Belum." sepatah je.muka sedih :(
"Patut la sayang abg ni masam.. lapar ye..p la dulu makan kat mana2 nanti selesai ni abg p carik syang"
"ok.." aku pun cari la kedai makan..

Makan la kat secret recipe..

Tak lama tu hubby datang and dinner sama..
Mood aku ceria hokeyyyy.. heheheeee.
Ye la barang yang lepas jangan di kenang.
Borak dengan hubby gelak2 kutuk2..semua ade..ceria balik..
Nak marah2 pun tak guna..dalam keadaan macam ni kita kena ada tahap kesabaran yang tinggi..
Nak tuduh menuduh bukan jalan penyelesaian..
Redha sudahhhh..angggap je ni dugaan dan ade hikmah.Mungkin Allah tengah prepare utk satu percutian yang lebih baik utk kami..be positive dan baik sangka dengan Allah dan suami ye..malah baik sangka dengan diri sendiri juga :)

Hmmm..so perut kenyang..hati dah senang..kami p shopping2 kat KLIA dapat la jubah jeans beli kat satu butik ni.Santikkkkk sangattttt la ..terima kasih abang..

Kami balik dengan hati yang tenang dan gurauan yang lucu2 gitu...awwww...

Dan...begitulah kisah Australia..aku tak datang! dengan pelakon terhangat Mazwinlisa Surihramram dan Tomoko Jack Sparrow...

P/S- Untuk kawan2 kat luar sana..percayalah sesuatu yang Allah tak tunaikan walaupun kita doa banyak kali jangan di duka..teruskan kerana hidup ini sementara dan perlu di nikmati dengan penuh kasih sayang dan redha.Baik sangka dengan Allah ye :) Jangan mengomel2 tak tentu pasal..rezeki pun makin jauh nanti.Terima hakikat kekurangan dan kelebihan pasangan kita..jangan panjangkan cerita..tutup buku buka cerita baru.Ingat tu.In shaa Allah selagi belum kiamat ade masa utk kita vacation puas2 jejak bumi Allah.Semoga Allah beri rahmat atas apa yang terjadi dan lindungi kita dari api neraka.
And for my husband---> u such a wonderful hero in my heart..Alhamdulillah.

Kerana aku adalah Mazwynn..learn from mistake..finding right path..
xxx